Di sebalik tabir kehidupan ini, telah terbina satu konklusi yang tidak terlihat oleh pancaiendra, tek terjangkau dek akal fikiran. Konklusi ini lah menjadi ruang yang infinti untuk di fikirkan. menyulusuri ranjau perjalanan adalah lumrah kepada kehidupan yg bergelar makhluk ciptaan tuhan. Bahkan ikan di dalam lautan ada cabaran, ini kan pula manusia yang punya akal fikiran. Dalam menuju ke arah konklusi itu, banyak manusia tertewas, tersungkur ke bumi dan tidak kurangnya yang berjaya mencapai konklusinya. Dalam perjalanan mencari konklusi itu, banyak halangan dan rintangan harus dilepasi. Hanya mereka-mereka yang punya hati kental dan tabah mampu bertahan dalam perjuangan ini. Ketabahan hati disertakan dengan keyakinan kepada Rabb adalah kunci utama kepada konklusi ini. persoalan sekarang ini, berapa banyak hati-hati manusia yang masih hidup? adakah aku termasuk hati mereka yang sudah mati?....begitu banyak persoalan yang terlontar dalam ruang fikiran. merenung kembali diri ini, begitu banyak kekurangan berbanding mereka yang berjaya mengapai konklusi itu. Masih teringat ceramah seorang ustaz semasa malam BIG, 'hati-hati manusia hanya akan hidup bilamana Allah sentiasa ada dalam hatinya'. merenung kata-kata ini, begitu jauh dengan hidup ini.
satu lagi persoalan terlontar dalam fikiran, adakah konklusi hidup ini berakhir dengan kejayaan? bagaimana sekirnya konklusi berakhir dengan penyeselan yang tidak berguna? Sungguh konklusi itu hanya ada dalam gengaman-Nya dan pencari konklusi itulah yang bertanggungjawab kepada konklusinya sendiri. Ini kerana, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya berusaha untuk mengubah nasibnya dengan berbekalkan ketakwaan kepada Allah.. Acap kali persoalan ini hilang bersama arus keduniaan yang mengaburi mata hati sehingga diri tersungkur melutut kepada dunia yang akhirnya pencarian konklusi itu, terhenti sejenak di pertengahan perjalanan.
Dalam ranjau perjalanan ini, seringkali terpikat dengan kecantikan dunia, tergoda pujuk rayu kemanisan kata-kata kebendaan yang akhirnya pencarian itu tersasar jauh dari destinasi yang sebenarnya. seringkali kecundang dan tewas menjahanamakna diri sendiri kelembah kebinasaan. Benar kata- kata ustaz, bila mana hati-hati telah dipenuhi oleh keduniaan, jalan untuk mencari konklusi akan menjadi gelap segelap gelapnya..Cahaya iman dan ketakwaan itulah sebagai penyuluh kepda kegelapan itu.
Sedang diri terus menjadi santapan usia, adakah masih sempat untuk mencari konklusi yang sebenarnya? adakah perjalanan pencarian ini akan terus konsisten dalam arah yang betul? Ternyata persoalan ini hanya terjawab dalam ruang yang jauh dalam lubuk sanubari yang akan menghasilakn konklusi yang diingini.
Akan manusia itu sntiasa diuji oleh penciptanya. dijanjikan kesulitan dan kesukaran dalam mencapai konklusi yang sejati....
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4 ).....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan