Jumaat, 19 Oktober 2012

Nikmat sakit


''isyhhh...demam la pulak, balik-balik sakit, kenapa aku saja yang kena ne. kan bagus kalau orang lain yang kena''. sudahlah minggu depan nak exam dah. macam mana nak study ne.

Kita sering mengungkapkan kata-kata seperti itu bila diri dilanda masalah kesihatan. jarang sekali kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu. Dalam tak sedar kita seperti tidak terfikirpun sakit itu salah satu nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. Kita asyik mengeluh bila ditimpa masalah seperti ini.

Memang tiada yang mahu dirinya sakit apatah lagi jika berlaku masalah kesihatan yang lebih kronik. Tetapi bersyukurlah atas nikmat sakit yang Allah berikan kerana sakit itu sebenarnya salah satu cara untuk menghapuskan dosa. Masih teringat sebuah hadis Rasulullah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berbunyi:

         ''Tidaklah seseorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan     menguggurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menguggurkan daunya''.

Allah bukan hanya suka-suka menimpakan sesuatu penyakit itu melainkan ada hikmah di sebaliknya. Kerana tidaklah Allah menjelmakan sesuatu perkara itu melainakan tersimpan di sebaliknya hikmah dan pengajaran.

Ketika tubuh masih dalam kondisi yang sihat, jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Pernah terbaca satu perkongsian di laman Facebook, yang mengatakan salah satu nikmat terbesar yang Allah berikan ialah nikmat Kesihatan setelah nikmat Islam dan Iman. Bersyukurlah dengan nikmat-nimat yang Allah berikan.

Ketika mengikuti Kem Kepimpinan, masih teringat potongan ayat Al- Quran yang berkaitan dengan bersyukur. jika tidak silap ayat itu berbunyi

  ''sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) amatlah pedih''.

Bersyukur kepada Allah amat mudah sekali, hanya mengucapkan Alhamdulilah dan mengerjakan perintah yang telah allah gariskan. Cara ini amatlah mudah, namun masih ramai yang alpa untuk mengucapakan rasa syukur. Termasuk diri ini sendiri, yang kadang kala lalai dan terlupa bersyukur atas segala nikmat-Nya.

marilah kita sama-sama meraih nikmat sakit sekiranya menimpa diri kita. tiadalah sia-sia sekiranya diri kita ditimpa sakit kerana ini merupakan salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. marilah sama-sama ucapkan:
                                        ''ALHAMDULILAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan