Salah kah untuk aku cemburu? kenapa mesti cemburu? siapakah aku untuk cemburu?.............
persoalan yang seringkali bermain diruang minda tatkala hati mula ingin dibebaskan dari penjara keduniaan. Hati cemburu bila mana mereka menikmati kebahagian dan kemanisan dalam menemui kekasihnya. sedang aku terus terperuk dalam alam yang tak menjanjikan apa-apa.
Melihat mereka terus berlumba-luma menemui kekasihnya menyebabkan minda terus berfikir mengapa diri ini tidak seperti mereka yang kehausan dalam mengejar cintanya.
Terdetik dalam hati ini seperti mereka yang tidak jemu dalam mengejar cintanya. Kadang kala hati ini merintih kesakitan dek cemburukan mereka, entahh layakkah aku seperti mereka. seseorang pernah berkata, 'cemuburu kepada kebaikan itu banyak baiknya, boleh saja hati yang mati itu kembali segar dan hidup mengalahkan hati yang sedia hidup'. Namun kata-kata ini belum dapat ku aplikasikan kerana cemburu itu hanya cemburu biasa yang tidak disertakan dengan keinsafan.
Cemburu ini jugalah yang membawa diri untuk menoropong jauh ke dalam sudut hati, dimanakah silap dan dimanakah keazaman untuk mengikuti jejak langkah mereka. Cemburu ini jugalah yang membawa minda terus ligat berfikir, bagaimanakah harus memulakan langkah seperti mereka. Sedang nanti yang aku takut bila usia ini dipersoalkan di manakah yang sewajarnya digunakan. Aku takut aku bila usia itu menjawab, bahawa dia telah digunakan ke jalan yang tak bermanfaat. Kerna bila tiba saat itu, mulut tidak lagi boleh berkata-kata, tidak lagi boleh menjawab dengan kedustaan kerana pada saat itu, nikmat anggota yang allah berikan akan menjadi saksi kepada perbuatnnya.
Aku cemburu pada merkea yang menjadikan kekasih mereka sebagai tujuan yang hakiki, aku cemburu pada mereka yang rakus pada kekasihnya, aku cemburu kepda meraka yang menjadikan rumah kekasihnya sebagai tempat untuk bermalam, aku cemburu pada mereka yang menjadikan kata-kata kekasihnya sebagai panduan dalam pelayarnnya, aku cemburu pada meraka yang menjadikan taman-taman kekasihnya sebagai tempat untuk bermain dengan ilmu pengetahuan. Sungguh aku cemburu pada semua itu!!...
Sedang aku ini, masih jauh dengan kekasihku, sedang aku makin menjauh dengan kekasihku, sedang aku semakin melupakan kekasihku, sedang aku semakin meninggalakan kekasihku, sedang aku terus menghindari taman-taman kekasihku, sedang aku terus menjauhi rumah kekasihku.... patut sekali aku cemburu pada mereka yang setia pada kekasihnya.
Biarlah cemburu ini terus menjalar dalam penjara hati agar aku tidak alpa dengan kekasihku. Biarlah cemburu ini sebagai pemangkin dalam menuju ke arah kekasihku. CEMBURU ini lah yang membawa aku kembali kepda kekasihku.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan