Jumaat, 19 Oktober 2012

Nikmat sakit


''isyhhh...demam la pulak, balik-balik sakit, kenapa aku saja yang kena ne. kan bagus kalau orang lain yang kena''. sudahlah minggu depan nak exam dah. macam mana nak study ne.

Kita sering mengungkapkan kata-kata seperti itu bila diri dilanda masalah kesihatan. jarang sekali kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu. Dalam tak sedar kita seperti tidak terfikirpun sakit itu salah satu nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. Kita asyik mengeluh bila ditimpa masalah seperti ini.

Memang tiada yang mahu dirinya sakit apatah lagi jika berlaku masalah kesihatan yang lebih kronik. Tetapi bersyukurlah atas nikmat sakit yang Allah berikan kerana sakit itu sebenarnya salah satu cara untuk menghapuskan dosa. Masih teringat sebuah hadis Rasulullah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berbunyi:

         ''Tidaklah seseorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan     menguggurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menguggurkan daunya''.

Allah bukan hanya suka-suka menimpakan sesuatu penyakit itu melainkan ada hikmah di sebaliknya. Kerana tidaklah Allah menjelmakan sesuatu perkara itu melainakan tersimpan di sebaliknya hikmah dan pengajaran.

Ketika tubuh masih dalam kondisi yang sihat, jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Pernah terbaca satu perkongsian di laman Facebook, yang mengatakan salah satu nikmat terbesar yang Allah berikan ialah nikmat Kesihatan setelah nikmat Islam dan Iman. Bersyukurlah dengan nikmat-nimat yang Allah berikan.

Ketika mengikuti Kem Kepimpinan, masih teringat potongan ayat Al- Quran yang berkaitan dengan bersyukur. jika tidak silap ayat itu berbunyi

  ''sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (nikmat) kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) amatlah pedih''.

Bersyukur kepada Allah amat mudah sekali, hanya mengucapkan Alhamdulilah dan mengerjakan perintah yang telah allah gariskan. Cara ini amatlah mudah, namun masih ramai yang alpa untuk mengucapakan rasa syukur. Termasuk diri ini sendiri, yang kadang kala lalai dan terlupa bersyukur atas segala nikmat-Nya.

marilah kita sama-sama meraih nikmat sakit sekiranya menimpa diri kita. tiadalah sia-sia sekiranya diri kita ditimpa sakit kerana ini merupakan salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. marilah sama-sama ucapkan:
                                        ''ALHAMDULILAH"

Khamis, 11 Oktober 2012

Apabila Didengarkan Nama Sang Kekasih

Kalam Al-Habib Umar Bin Muhammad Al-Hafiz



Demi Allah, sungguh apabila didengarkan nama Kekasih(Muhammad) di
  hadapan
pencintanya, pasti aku tersentak gembira mabuk kepayang

Di Manakah pencinta Nabi Muhammad yang rela berkorban dengan jiwa dan harta mereka
Tanpa peduli apa yang mereka korbankan demi cintanya

Apabila mereka mendengar nama Toha Al-Mustofa (Muhammad) Bangkitlah semangat di hati meraka
dan hilanglah segala penyakit dan kekotoran hati

Maka bergetarlah jiwa mereka dengan penuh kerinduan ingin berjumap dengan 
sang nabi, 
dan gunakan pendengaranmu

Lalu semaklah dengan baik-baik sifat Toha sang pemimpin dan hindarkanlah 
hatimu dengan penuh kesungguhan

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah selawat dan salam selalu atas kekasihMu yang 
telah menyeru kami kepadaMu

ya Allah limpahkanlah selawat dan salam serta berkahilah atasnya dan 
keluarganya

[Petikan bait-bait syair buku maulud Adh- Dihya' Al-Lami', karya Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz]

Khamis, 4 Oktober 2012

Hati yang Cemburu

Salah kah untuk aku cemburu? kenapa mesti cemburu? siapakah aku untuk cemburu?.............
persoalan yang seringkali bermain diruang minda tatkala hati mula ingin dibebaskan dari penjara keduniaan. Hati cemburu bila mana mereka menikmati kebahagian dan kemanisan dalam menemui kekasihnya. sedang aku terus terperuk dalam alam yang tak menjanjikan apa-apa.
Melihat mereka terus berlumba-luma menemui kekasihnya menyebabkan minda terus berfikir mengapa diri ini tidak seperti mereka yang kehausan dalam mengejar cintanya.

Terdetik dalam hati ini seperti mereka yang tidak jemu dalam mengejar cintanya. Kadang kala hati ini merintih kesakitan dek cemburukan mereka, entahh layakkah aku seperti mereka. seseorang pernah berkata, 'cemuburu kepada kebaikan itu banyak baiknya, boleh saja hati yang mati itu kembali segar dan hidup mengalahkan hati yang sedia hidup'. Namun kata-kata ini belum dapat ku aplikasikan kerana cemburu itu hanya cemburu biasa yang tidak disertakan dengan keinsafan.

Cemburu ini jugalah yang membawa diri untuk menoropong jauh ke dalam sudut hati, dimanakah silap dan dimanakah keazaman untuk mengikuti jejak langkah mereka. Cemburu ini jugalah yang membawa minda terus ligat berfikir, bagaimanakah harus memulakan langkah seperti mereka. Sedang nanti yang aku takut bila usia ini dipersoalkan di manakah yang sewajarnya digunakan. Aku takut aku bila usia itu menjawab, bahawa dia telah digunakan ke jalan yang tak bermanfaat. Kerna bila tiba saat itu, mulut tidak lagi boleh berkata-kata, tidak lagi boleh menjawab dengan kedustaan kerana pada saat itu, nikmat anggota yang allah berikan akan menjadi saksi kepada perbuatnnya.

Aku cemburu pada merkea yang menjadikan kekasih mereka sebagai tujuan yang hakiki, aku cemburu pada mereka yang rakus pada kekasihnya, aku cemburu kepda meraka yang menjadikan rumah kekasihnya sebagai tempat untuk bermalam, aku cemburu pada mereka yang menjadikan kata-kata kekasihnya sebagai panduan dalam pelayarnnya, aku cemburu pada meraka yang menjadikan taman-taman kekasihnya sebagai tempat untuk bermain dengan ilmu pengetahuan. Sungguh aku cemburu pada semua itu!!...

Sedang aku ini, masih jauh dengan kekasihku, sedang aku makin menjauh dengan kekasihku, sedang aku semakin melupakan kekasihku, sedang aku semakin meninggalakan kekasihku, sedang aku terus menghindari taman-taman kekasihku, sedang aku terus menjauhi rumah kekasihku.... patut sekali aku cemburu pada mereka yang setia pada kekasihnya.

Biarlah cemburu ini terus menjalar dalam penjara hati agar aku tidak alpa dengan kekasihku. Biarlah cemburu ini sebagai pemangkin dalam menuju ke arah kekasihku. CEMBURU ini lah yang membawa aku kembali kepda kekasihku.........

Rabu, 3 Oktober 2012

mEncari Konklusi

Di sebalik tabir kehidupan ini, telah terbina satu konklusi yang tidak terlihat oleh pancaiendra, tek terjangkau dek akal fikiran. Konklusi ini lah menjadi ruang yang infinti untuk di fikirkan. menyulusuri ranjau perjalanan adalah lumrah kepada kehidupan yg bergelar makhluk ciptaan tuhan. Bahkan ikan di dalam lautan ada cabaran, ini kan pula manusia yang punya akal fikiran. Dalam menuju ke arah konklusi itu, banyak manusia tertewas, tersungkur ke bumi dan tidak kurangnya yang berjaya mencapai konklusinya. Dalam perjalanan mencari konklusi itu, banyak halangan dan rintangan harus  dilepasi. Hanya mereka-mereka yang punya hati kental dan tabah mampu bertahan dalam perjuangan ini. Ketabahan hati disertakan dengan keyakinan kepada Rabb  adalah kunci utama kepada konklusi ini. persoalan sekarang ini, berapa banyak hati-hati manusia yang masih hidup?  adakah aku termasuk hati mereka yang sudah mati?....begitu banyak persoalan yang terlontar dalam ruang fikiran. merenung kembali diri ini, begitu banyak kekurangan berbanding mereka yang berjaya mengapai konklusi itu. Masih teringat ceramah seorang ustaz semasa malam BIG, 'hati-hati manusia hanya akan hidup bilamana Allah sentiasa ada dalam hatinya'. merenung kata-kata ini, begitu jauh dengan hidup ini.

satu lagi persoalan terlontar dalam fikiran, adakah konklusi hidup ini berakhir dengan kejayaan? bagaimana sekirnya konklusi berakhir dengan penyeselan yang tidak berguna? Sungguh konklusi itu hanya ada dalam gengaman-Nya dan pencari konklusi itulah yang bertanggungjawab kepada konklusinya sendiri. Ini kerana, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya berusaha untuk mengubah nasibnya dengan berbekalkan ketakwaan kepada Allah.. Acap kali persoalan ini hilang bersama arus keduniaan yang mengaburi mata hati sehingga diri tersungkur melutut kepada dunia yang akhirnya pencarian konklusi itu, terhenti sejenak di pertengahan perjalanan.

Dalam  ranjau perjalanan ini, seringkali terpikat dengan kecantikan dunia, tergoda pujuk rayu kemanisan kata-kata kebendaan yang akhirnya pencarian itu tersasar jauh dari destinasi yang sebenarnya. seringkali kecundang dan tewas menjahanamakna diri sendiri kelembah kebinasaan. Benar kata- kata ustaz, bila mana hati-hati telah dipenuhi oleh keduniaan, jalan untuk mencari konklusi akan menjadi gelap segelap gelapnya..Cahaya iman dan ketakwaan itulah sebagai penyuluh kepda kegelapan itu.

Sedang diri terus menjadi santapan usia, adakah masih sempat untuk mencari konklusi yang sebenarnya? adakah perjalanan pencarian ini akan terus konsisten dalam arah yang betul? Ternyata persoalan ini hanya terjawab dalam ruang yang jauh dalam lubuk sanubari yang akan menghasilakn konklusi yang diingini.

Akan manusia itu sntiasa diuji oleh penciptanya. dijanjikan kesulitan dan kesukaran dalam mencapai konklusi yang sejati....
         "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4 ).....






Rabu, 23 Mei 2012

sumbangan sastera Dalam Pendidikan


oleh kerana esok adalah paper berkaitan dengan kesusasteraan, harap-harap topik ne akan kluar....


Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai 
murni dan kemahiran yang berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang, 
semenjak kecil sehinggalah ke akhir hayat (life long learning). Ia merupakan 
satu proses dengan kaedah-kaedah yang tertentu sehingga seseorang memperolehi 
pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan yang sesuai dengan keperluan 
serta kehendak golongan yang melaksanakan pendidikan. Encyclopedia  mentakrif 
pendidikan sebagai 'to draw out', facilitating realization of self-potential 
and latent talents of an individual. It is an application of pedagogy, a body 
of theoretical and applied research relating to teaching and learning and draws 
on many disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan tentang 
pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih sempurna, lebih 
baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau kemanusiaan...”  Istilah 
‘pembangunan’ boleh difahami dari pelbagai perspektif, tapi maksudnya sama; 
untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan manusia. Pembangunan tidak 
semata-mata dilihat dari sudut ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu 
juga dilihat dari segi budaya, cara hidup dan sebagainya. ‘Modal insan’ (human 
capital) pula adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan sumber 
manusia, atau a way of defining and categorizing peoples skills and abilities 
as used in employement and as they otherwise contribute to the company
 
Untuk memahami tentang peranan sistem pendidikan di Malaysia, boleh dirujuk 
kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi teras dan tunjang bagi 
semua aktiviti dan program pendidikan. Pernyataan peranan atau matlamat sistem 
pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap; rendah, menengah dan tinggi. 
Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas dalam pernyataan yang berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah 
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk 
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi 
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini 
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, 
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai 
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran 
keluarga, masyarakat dan Negara. 
 
(Huraian Sukatan Pelajaran,1988:V)
 
Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif yang ingin dicapai oleh sistem 
pendidikan negara. Dari segi sahsiah, pendidikan bertujuan melahirkan individu 
yang seimbang pada domanin kognitif, afektif, dan psikomotor atau unsur 
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, pendidikan juga bermatlamat 
untuk melahirkan rakyat negara ini yang dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti 
sebagai insan, iaitu insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta 
berupaya pula memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini 
merupakan asas pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, yang turut 
menggariskan kaedah yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu.  Hal ini 
menunjukkan bahawa pembinaan individu yang dihajati perlulah berlaku secara 
terus menerus dan tanpa putus, di samping berlaku secara menyeluruh, merentasi 
dan berpadu tanpa pemisahan dengan kurikulum lain. 
 
Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini juga telah 
ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi melalui 
pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang mensasarkan pembangunan modal 
insan sebagai teras utama pembangunan negara, khususnya dalam mencapai impian 
Wawasan 2020. Dalam konteks tersebut, fokus diberikan kepada tiga strategi 
utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama, iaitu meningkatkan keupayaan 
dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan 
(R&D) serta inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya serta memiliki kekuatan 
moral. Walau bagaimanapun, perbincangan tugasan ini akan memberi perhatian 
khusus terhadap fungsi atau peranan sistem pendidikan negara dalam mengesahkan 
pembanguanan modal insan dalam konteks Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan 
dan dibincangkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian, 
khususnya daripada perspektif kurikulum kesusasteraan Melayu.
 
 
 
Peranan pendidikan khususnya berdasarkan contoh-contoh pengajaran dan 
pembelajaran  kurikulum kesusasteraan Melayu, adalah jelas mengarah kepada 
matlamat atau objektif yang digariskan oleh FPN. F.R. Leavis seorang sarjana 
sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam bukunya Education and the 
Univesity (1971) menegaskan bahawa pengajian kesusasteraan sepatutnya menjadi 
inti pengajian kepada semua pengetahuan yang diajar di universiti, dengan 
alasan bahawa ianya penting untuk meninggikan peradaban bangsa daripada 
pengajian kejuruan atau vokesional. Kepentingan yang sama turut ditegaskan oleh 
Probst (1987) dengan menyatakan, Literature provides us not knowledge 
ready-made but the opportunity to make knowledge. And it is knowledge not about 
things – those it leaves to scientists and engineers – but about relationships 
and values and purpose. It is the kind of knomledge that each individual is 
responsible for. Pernyataan ini menekankan tentang peluang-peluang untuk 
mendapatkan pengetahuan, tentang hubungan dan nilai serta tujuannya yang 
menjadi keperluan bagi setiap individu. Di Amerika Syarikat misalnya, 
pendidikan kesusasteraan dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah sejak kurun ke 
18 dengan tertubuhnya Franklin’s Philadelphia Academy (1751) dengan asas “..the 
consideration of literature as a source of vicarious experience which could be 
used to aid student in better character and better social judgement.” Sehingga 
ke hari ini ilmu-ilmu sastera masih terus diajar di Barat, termasuk di 
Universiti Harvard. 
 
Di Malaysia, reka bentuk kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah diajar 
di peringkat sekolah kini diimplimentasi secara wajib melalui KomSas (Komponan 
Sastera) dalam subjek Bahasa Melayu. Melalui Komsas, semua pelajar tingkatan 
satu hingga tingkatan lima tanpa mengira aliran pengajian atau etnik akan 
menerima pendidikan kesusasteraan kerana Bahasa Melayu merupakan subjek wajib. 
Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu 
kesusasteraan dapat menyumbang ke arah pembangunan manusia dari sudut 
spiritual. Sementara di peringkat pengajian tinggi, pendidikan kesusasteraan 
diajar dalam program-program pengajian di beberapa buah universiti utama di 
negara ini, termasuk di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, 
Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan 
Universiti Putera Malaysia. Bentuk kurikulum yang digubal di peringkat sekolah 
dan pengajian tinggi, sebahagian besar adalah mengarah kepada pencapaian 
matlamat dalam FPN, iaitu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis 
dalam pelbagai aspek, meliputi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 
 
Unsur intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang 
menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih  
penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Fikiran dan pemikiran 
yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai soal-soal moral, masyarakat, 
ekonomi, politik dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada pelajar. Melalui 
proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini, pelajar didedahkan kepada 
usaha-usaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikiran kritis 
dan kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran. Mereka juga dilatih untuk mampu 
menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang 
bernas, serta berupaya pula memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam 
sekitar. Penghayatan teks-teks kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi 
melalui teknik-teknik simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal 
jawab dan perbincangan dalam kelas mendorong pelajar terus berfikir bagi 
mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat memupuk dan melahirkan 
pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu mengembangkan daya pemikiran. 
Hal ini selaras dengan matlamat FPN yang berhasrat mewujudkan insan yang 
seimbang dan harmonis, termasuk dalam aspek intelek.
 
Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada ciri-ciri rohani 
yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya Tuhan, 
menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin tentang 
tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak mulia dan 
memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi memastikan bahawa 
insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi pencapaian akademik atau 
material, tetapi disertai dengan kualiti kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini 
dilakukan melalui teks-teks kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti 
novel Imam oleh SN Abdullah Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair 
Amir Hamzah dan Kemala. Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang 
mementingkan sahsiah diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya seperti ini 
mengajak pembaca untuk sentiasa mementingkan soal tanggugjawab dan disiplin 
diri dalam apa juga keadaan, di samping sentiasa mengamalkan akhlak mulia. 
Pendidikan yang menerapkan nilai-nilai sebegini jelas berupaya melahir dan 
membangunkan modal insan yang baik untuk negara. 
 
Salah satu unsur yang melandasi penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur 
emosi yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Emosi 
yang dimanifestasikan melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah karya 
sastera, dapat dimanfaatkan ke arahmemiliki tingkah laku yang terkawal dan 
berperasaan tenang, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki 
semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan menilai keindahan. Dengan 
menghayati dan menerapkan nilai-nilai tersebut di kalangan pelajar, akan dapat 
memupuk semangat kasih sayang dan rasa kekitaan sesama manusia, seterusnya 
dapat melahirkan masyarakat penyayang yang disasarkan oleh pihak kerajaan. 
Eleman-eleman mulia seperti ini bukan sahaja digalakkan dalam amalan semua 
agama, malah ia perlu ditekankan dalam konteks perhubungan sosial, khususnya 
bagi melahirkan kelompok masyarakat Malaysia (berbagai bangsa dan agama) yang 
diikat oleh rasa kekitaan dan perpaduan. Aspek ini juga merupakan sebahagian 
daripada ciri modal insan yang ingin dibangunkan dalam negara sistem pendidikan 
negara yang dimanifestasikan melalui FPN.
 
Seterusnya ialah penekanan terhadap keseimbangan dari segi jasmani atau 
fizikal. Ini dapat dikaitkan dengan domain psikomotor yang menekankan aspek 
bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, memanfaatkan kemahiran 
dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta menggunakan kemahiran dan 
kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. Dalam kurikulum kesusasteraan, 
aspek ini dapat direalisasikan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan 
pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui teknik simulasi, lakonan semula, 
deklamasi puisi dan seumpamanya yang mendorong pelajar mengasah dan memupuk 
bakat serta kemahiran berkomunikasi dan berkerjasama dengan rakan-rakan, di 
samping mendorong kepada penampilan diri secara fizikal.
 
Berdasarkan kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut melalui pengajaran dan 
pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, menunjukkan bagaimana peranan 
sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan menjana pembangunan modal insan 
dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi matlamat untuk mewujudkan 
masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam empat komponen yang disasarkan oleh 
sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, dapat melahirkan rakyat Malaysia 
yang berkualiti, iaitu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta 
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan 
negara.

Masyarakat berilmu pengetahuan yang dihasratkan oleh sistem pendidikan adalah 
masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk menambah 
ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang lain dan 
kebaikan alam sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Ciri-ciri 
intelektual menjadi satu teras dalam penulisan kesusasteraan, sehingga karya 
kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai lambang tamadun sesuatu bangsa. 
Melalui teks Sejarah Melayu misalnya, mendedahkan pelajar kepada tradisi 
keintelektualan dan ketamadunan bangsa pada zaman silam yang boleh dipelajari 
dan dimanfaatkan sehingga ke hari ini. Banyak teladan dan iktibar daripada teks 
tersebut yang boleh dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa dan negara 
seluruhnya. 
Melalui pelagai kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek ini juga 
dapat membentuk keterampilan diri pelajar, iaitu dengan memiliki pengetahuan, 
kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas, berkebolehan 
melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, berpandangan jauh dan 
berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan nilai-nilai murni dalam 
teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, iaitu yang 
mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni, mempunyai kesedaran 
terhadap kesan daripada perbuatan baik dan buruk, mengamal perlakuan yang baik, 
menghayati nilai-nilai mulia merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan 
kewarganegaraan. Begitu juga dalam memupuk rasa bertanggungjawab di kalangan 
pelajar. Mereka diajar untuk menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab 
merupakan amanah dan dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan 
amanah, bersih dan cekap, sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya 
pengeluaran, memahami peraturan dan undang-undang negara, serta berusaha 
memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 
Seterusnya adalah untuk melahirkan individu yang berupaya mencapai 
kesejahteraan diri, iaitu dengan mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang 
dan badan yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi 
cabaran hidup serta sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan 
orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini dilakukan melalui penghayatan terhadap 
watak dan perwatakan dalam karya cenderung ke arah memanfaatkan nilai-nilai 
tersebut. Dengan menampilkan watak role model tertentu, pelajar dibimbing 
supaya turut memiliki nilai-nilai tersebut.
 
Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem pendidikan negara ialah untuk 
membina insan yang berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan 
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui contoh-contoh perbincangan 
di atas, secara tidak langsung telah mengarah kepada pencapaian objektif FPN 
yang telah digariskan oleh dasar pendidikan negara. Pada keseluruhannya, proses 
pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan baik di sekolah, mahu pun di 
pusat pengajian tinggi adalah sebagai sebahagian daripada usaha ke arah 
merealisasikan matlamat sistem pendidikan negara. Sama ada secara tersurat atau 
tersirat, teks-teks kesusasteraan sentiasa memupuk perpaduan rakyat melalui 
kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati, berusaha memajukan 
ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan 
kestabilan negara, sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan dan 
perlembagaan, sanggup mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara serta 
sentiasa mengamal dan menghayati prinsip-prinsip rukun negara. Justeru itu, 
semua prinsip tersebut haruslah terkandung dalam karya-karya kesusasteraan yang 
dipilih sebagai teks pilihan atau teks wajib bagi tujuan pengajaran dan 
pembelajaran kursus ini, sama ada di peringkat sekolah atau universiti.
 

Peranan sistem pendidikan bukan untuk mengadakan perubahan negara sahaja, 
tetapi juga mengesahkan pembangunan modal insan dalam negara. Justeru, 
pendidikan kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat, yang 
boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui perbincangan 
tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya berdasarkan contoh 
pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kesusasteraan, menunjukkan 
bagaimana caranya matlamat tersebut boleh dicapai. Penekanan kurikulum 
kesusasteraan itu sendiri adalah untuk melahir dan membina modal insan yang 
seimbang dan harmonis serta dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan 
sudah tentu menjadikan matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk 
direalisasikan. Hal ini menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan bukan 
sahaja untuk melakukan perubahan atau pembangunan fizikal, tetapi yang lebih 
penting adalah membangunkan modal insan yang merupakan aset utama kepada 
negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh direalisasikan melalui pengajaran dan 
pembelajaran subjek kesusasteraan.

Selasa, 22 Mei 2012

ALAM vs CIKGU


Dulu masa kecik2, langsung tak terfikir pn dua benda ne..yg terlintas dalam hati nak jadi polis atau askar..
dulu time sekolah masih tersimpan di kotak memori ku,jika cikgu tanya apa cita-cita kami ada yang nak jadi doktor, ada nak jadi polis, adala yang nak jadi nurse.tak terkecuali aq.Dengan semangatnya aku menjawab "SAYA NAK JADI ASKAR CKGU",.Ckgu kata bagus sebab nak mempertahankan negara. Tapi bila da naik sekolah menengah, cita-cita dah berubah. Nak jadi engenierrrrr konon...huhuh....lepas tu semangat nak masuk ALAM..
logo ALAM
lepas saja keputusan spm kluar, dengan semangatnya trus cari application untuk pohon ALAM. Nasib baiklah ada ckgu tu yang tolong isikan. syukur dapat panggilan temu duga dekat kuching, sarawak. Walaupun jauh,tetap pergi jua. Semangat itu lah yang membawa aku ke kuching. Lepas habis temu duga kena tunggu panggilan la pulak. Tetap bersabar. Sangat2 mengharap dapat masuk alam hinggakan permohonan yang lain terpaksa aku delay. dah dapat panggilan Matrikulasi tapi tak nak pergi sebab tunggu panggilan dari ALAM. last2 dapat tawaran ASASI sain ums. terpaksa la pigi.kot2 ALAM tak dapat. 




lepas beberapa minggu, pengumuman sapa yang dapat masuk ALAM diumumkan. Terasa bagai nak Kiamat apabila benda yg selama ini aq tunggu2 tak dapat. Rasa sakit Hati memang ada jga la. tapi apa boleh buat. kena bersabar dan redha dengan ketentuan ilahi. Last2 masa kat UMS, tiba pula panggilan IPG. hermmm....terpaksa lagi berfikir nak truskan stay kat ums or pergi IPG. Solat istakarah pn sudah, minta pendapat cikgu pn sda, smua suda aq buat. Last2 reda trima IPG. Dan start dari situlah aq kena belajar mencintai prefesion perguruan.



mungkin bukan jodoh kita Duhai ALAM....Aku redha.......gud byeee....


welcome teacherr.......be a good teacherrr.....


akhir nanti akan timbul juga dalam diri ini....:)

aku percaya dengan ayat ini
"boleh jadi yang baik itu adalah tidak baik bagi kamu, boleh jadi yang tidak baik itu adalah baik untuk kamu"...

Apa pun....GUD byeeee ALAM, Welcome Teacherr......